Tuesday, 25 December 2012

love diary

sept. 2011
bulan pertama, bulan perkenalan.
kau seorang yang baik, sangat baik. bulan pertama kelihatan kau seperti seorang yang bertanggungjawap. kawan-kawan aku memuji sifat gentlement kau. yang membuat hati aku tertaut. bulan pertama kenal kita banyak luangkan masa bersama. sungguh aku rasa bahagia. banyak yang kau ceritakan tentang kau. aku jadi pendengar yang setia.

okt. 2011
bulan kedua, sangat-sangat happy.
15 okt 2011 anniversary kita. sepatutnya aku perlukan lebih banyak masa untuk lebih kenal kau. tapi sayang dah membutakan mata hati. apa yang aku rasa aku dah jatuh sayang dan aku dah mula terpikat. kau bukan seorang yang kacak tapi kau cukup-cukup manis. sifat kau buat aku betol-betol terpikat.

nov 2011
bulan ketiga, kejutan yang teramat sangat.
banyak yang kurang suka bila kita rapat. ada yang kata kau bukan lelaki baik&terlalu banyak benda buruk aku dengar, tapi aku diamkan walaupun kadang-kadang aku terfikir. sebab aku berikan 60% kepercayaan aku untuk kau. tapi apa yang mengejutkan aku, pengakuan kau buat aku patah hati. pertama kalinya aku rasa betol-betol kecewa tapi aku maafkan kau.

dec. 2011
bulan keempat, hilang kepercayaan
aku masih bersama dengan kau, tapi aku rasa aku dah hilang kepercayaan, apa yang tinggal cuma sebab aku sayangkan kau. itulah kelemahan perempuan. terlalu mudah untuk sayang. aku sedaya upaya nak lupakan apa yang dah terjadi. tapi aku dapat rasakan masih ada sesuatu yang xkena. aku diamkan.

jan 2012
bulan kelima, episod baru tahun baru
aku sangka, aku orang yang kau sayang&cuma aku yang ada dalam hidup kau, tapi aku salah, kau masih bersama kekasih lama kau. walaupun mulut kau berulang kali berjanji. tapi janji kau cuma janji kosong. aku ambik keputusan aku perlu tinggalkan kau. tapi sekali lagi aku kalah dengan perasaan aku&ayat janji-janji manis kau.

feb 2012
bulan keenam, alhamdulillah
aku berjumpa dengan kakak kau. actually lecturer aku. sebenarnya jugak aku x sangka kau adik lecturer aku. sebab lecturer aku seorang yang lemah lembut... baik... cukup baik. dalam bulan ke enam aku rasa aku dah cukup kenal kau. dengan apa yang akak ceritakan aku cuba untuk paham. 4 hari dekat rumah akak banyak jugak benda yang aku belajar. pasal kehidupan. sikit-sikit aku cuba berubah.

mac 2012
bulan ketujuh, pasal lappy
macam biasa kau&aku selalu luang masa sama-sama. kita makin rapat. aku rasa bahagia. tapi sayang, bahagia x pernah lama. akaun fb kau kena hack. and ex-gf kau inbox aku sampai sekarang aku masih ingat pesanan dia, "1 hari nanti kau akan rasa apa aku rasa". yupp.. ada betul apa ex-gf kau bgtau. karma. tapi aku pikir, aku kah salah, sebab aku xtau yang selama ni kau masih bersama dia. actually bukan ex-gf tapi gf. ya Allah, tuhan saja yang tahu apa aku rasa. banyak cerita di bulan mac. 1 hari aku nak pinjam lappy kau, and banyak gambar gf kau termasuk back-up. ada 2 folder aku masih ingat untuk gf kau "berr" untuk yang lain-lain "awek" cukup-cukup aku sakit.

april 2012
bulan kelapan, final test
kita masih bersama, masih rapat, masih sayang,masih indah dalam gundah. terlalu banyak yang aku simpan. aku masih ingat terlalu banyak kenangan.bulan april, kita masing-masing bz, nk final,siapkan final year projek. tapi weekend kita masih dapat luang masa bersama, study sama-sama dekat pustaka,library poli. so sweet kata orang. ada yang kata untuk aku. aku cuma tersenyum. hanya aku saja yang tahu, aku pendam banyak kisah, cuma orang yang betol-betol rapat saja yang tahu kisah aku.

mei 2012
bulan kesembilan, cinta jarak jauh
kita dah tamatkan pengajian, happy, tapi dalam masa yang sama aku tahu kita akan jauh. sebelum aku pulang aku luangkan seminggu untuk kau. aku x dapat nak bayangkan macam mana kalau kita jauh. dah tentu aku sangat-sangat rindu. aku nk kau cari kerja kat sarawak. supaya aku boleh selalu dekat dengan kau.

jun 2012
bulan kesepuluh, happy birthday sayang!
jun! birthday kau, sebenarnya aku memang orang paling excited. aku dah mula bekerja, jadi masa aku memang kurang untuk kau, aku penat, selalu marah-marah, tidur awal memang jarang masa untuk kau. 17 jun, aku memang ingat, aku nak jadi orang pertama yang wish, tapi aku tertidur. aku tau aku bukan orang pertama yang ucapkan tapi aku selalu ingat sayang. seingat aku bulan jun jugak kau balik kampung, makinlah kita jauh. aku di sarawak kau di johor. jauh dan semakin jauh.

july 2012
bulan kesebelas, selamat berpuasa sayang!
bila dah jauh, memang banyak masaalah, aku yang kuat cemburu,yang kurang percaya memang selalu ada masaalahnya. kita selalu bertengkar. ada saja benda yang x kena. baiknya cuma sehari dua. aku tau kau dah mula rimas. aku tau 1 hari nanti aku perlu bersedia dengan apa-apa yang akan terjadi. bulan ramadhan x boleh marah-marah. aku selalu cuba untuk sabarkan diri aku. hujung bulan july kau accident, tapi kau x teruk cuma kereta kau yang terok.

ogos 2012
bulan keduabelas, my birthday!
tq sayang! kau ingat birthday aku, kau orang pertama yang ucapkan. and hadiah yang paling aku suka kau nak belikan tiket pergi sarawak. awwww! awsome! aku happy sangat-sangat walaupun kau akan pergi next 2month. aku tunggu! sangat-sangat tunggu.

sept 2012
bulan ketigabelas, pengakhiran
minggu pertama kita okay, minggu kedua aku berdiam, aku xtau kenapa, aku rasa ada sesuatu yang akan terjadi, aku bermimpi sesuatu yang xbaik akan berlaku. minggu terakhir, sekali lagi kau ter-kantoi, kau masih berhubung dengan ex-gf kau. hancur hati aku. sungguh-sungguh hancur sayang. aku mintak di lepaskan and kau lepaskan aku. sakit untuk aku teruskan hidup aku.

okt 2012
bulan keempatbelas, aku merayu
bodohkan aku, aku masih merayu dengannya, ya Allah sakitnya, tuhan saja yang tau. setiap hari aku menangis. setiap malam aku merayu tapi apa yang aku dapat tetap sama. aku tau,aku dah x ada makna lagi untuk kau. sakitnya aku sampaikan aku berhenti kerja. memang aku manusia paling bodoh. buta hati. aku bercuti di kampung. tq buk, banyak benda dah aku belajar. banyak pesanan yang masih aku ingat sampai sekarang.

nov 2012
bulan kelimabelas, aku move on
aku bercuti di kuching, aku kongsi masalah aku bersama insan yang aku anggap mak aku. tq anjang,kak azwa,as,zila. antara insan yang banyak bagi semangat untuk aku. sampai sekarang. betol, sebab pengalaman kita akan jadi lebih kuat. aku jadi seperti sekarang. and bulan nov, aku buang segala kenangan bersama kau.

dec 2012
bulan keenambelas,aku buang
aku sedaya upaya buang segala kenangan kita. aku buang semua barang yang pernah kau bagi. cuma aku masih simpan kasut. satu-satunya barang kau yang masih aku simpan. aku bakar gambar,aku jual barang-barang kau, aku sedekahkan barang-barang pemberian kau. atas satu sebab aku xnak hidup dalam kenangan yang menyakitkan aku.

*sampai sekarang aku berpegang dengan pendirian aku "bila bukan jodoh kita merangcang sebaik manapun untuk disatukan Allah akan pisahkan jugak". sampai sekarang aku masih x pernah lupakan kenangan kita tapi aku berusaha untuk buang perasaan aku. aku x akan mengejar aku dah cukup-cukup penat. aku x akan menunggu dan aku akan teruskan hidup aku. setahun cuma seketika aku rasakan bahagianya.


No comments:

Post a Comment